Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA) - Calon Parti Islam Semalaysia (PAS)- Pakatan Rakyat, Normala Sudirman melahirkan rasa kesal apabila beliau dianggap tidak mesra rakyat kerana bersalam dengan orang awam dengan memakai sarung tangan. Selain itu berliau mempertikaikan kegagalan parti UMNO memberi kefahaman kepada bukan Islam mengenai tatatertib dan nilai Islam di Malaysia.

Exco Dewan Muslimat PAS pusat ini berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Dr Chua menyindirnya ketika berkempen di Tenang.

“Dia tidak akan datang ke sini (tokong Cina), (dan) dia langsung tidak bersalam dengan orang. Saya sudah terima aduan mengenai hal ini.

“Dia seperti isteri Anwar Ibrahim. Dia memakai sarung tangan ketika bersalam. Jika anda boleh menerima cara Islam sebegini, pergilah undi PAS,” kata Dr Chua.

Sehubungan dengan itu Normala MCA memahami adat dan tatatertib orang Islam terutamanya wanita muslim sebelum membuat kenyataan yang kontroversi.

Dalam temu bual ringkas bersama wartawan Malaysian Insider itu, Normala berkata, Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR dan DAP akan membantu memberikan sokongan dan menjelaskan mengapa beliau tidak mahu bersalam dengan lelaki sepanjang kempen pilihan raya kecil yang bermula hari ini.